Penerangan
KUALA TERENGGANU, 16 Julai 2022 – Hari ini JAS Terengganu telah menghadiri Program bersama Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Bagi Matlamat Pembangunan Lestari (All –Party Parliamentary Group-Sustainable Development Goal - APPGM-SDG) bersama komuniti di Kampung Besut.
Sesi dialog dengan penduduk kampung berkaitan banjir, status kualiti air sungai dan pembangunan lestari serta lawatan tapak di sekitar sungai kampung berkenaan antara pengisian program yang telah dilaksanakan.
JAS Terengganu juga turut menjalankan pemantauan ke atas projek EIA iaitu East Coast Rail Link (ECRL) di Tok Dor dan Guntung, daerah Setiu.
Hasil pemantauan ini, tiada aktiviti yang menimbulkan kacau ganggu kepada persekitaran dan orang awam dikesan.
Walau bagaimanapun, arahan lisan telah dikeluarkan kepada pemaju projek , agar sentiasa memastikan aktiviti dari pembangunan di kawasan projek ini tidak mencemarkan kawasan sekitar, sekaligus boleh menimbulkan masalah kepada orang awam.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu