PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU- TUGAS MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 31/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU- TUGAS MEMANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/07/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 2 Julai 2022 - JAS Terengganu terus menjalankan rondaan bagi memantau punca-punca pencemaran  yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan ini telah melibatkan  sekitar Jalan pantai ke Kuala Terengganu, Marang, Merchang, Rhu Batil, Dungun dan Paka.  Tiada pembakaran terbuka dikesan di sepanjang rondaan ini. Walau bagimanapun, pasukan penguatkuasa telah menemui  satu  longgokan timbunan pokok daripada aktiviti pembersihan  kawasan di Kg. Nyior, Paka. Pemasangan banner Larangan  Pembakaran Terbuka telah dibuat bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah agar aktiviti pembakaran terbuka ini tidak diteruskan. Pemeriksaan infrastruktur pencegahan pembakaran terbuka di Kg Rhu Batil, mendapati ianya berkeadaan baik, Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang  di Kawasan Perindustrian Paka, mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan ditemui. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan