Penerangan
KUALA TERENGGANU, 1 Julai 2022 - JAS Terengganu terus menjalankan rondaan bagi memantau punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Komitmen ini telah dilakukan di sekitar Jalan Kuala Terengganu,Sg. Tong, Chalok, Renek - Apal, Bintang, Guntong, Gong Kemuntong, Kg Raja melalui Jalan pantai ke Kuala Terengganu - Saujana - Penarik - Rhu 10 - Merang dan Batu Rakit. Tiada pembakaran terbuka dikesan.
Walau bagaimanapun, terdapt dua (2) longgokan timbunan pokok daripada hasil pembersihan ditemui di Kg. Bintang, Setiu. Banner Larangan Pembakaran Terbuka telah dipasang bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah terlibat agar aktiviti berkenaan tidak diteruskan.
Rondaan dan pemantauan ini yang turut melibatkan kawasan penempatan kilang-kilang , tapak pelupusan sampah dan kawasan pantai, tidak menemui sebarang aktiviti yang mencurigakan dan kejadian yang abnormal.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu