PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan Premis Berasaskan Pembuatan Aluminium Di Bintulu, Sarawak

DOE Sarawak 04/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan Premis Berasaskan Pembuatan Aluminium Di Bintulu, Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/07/2022
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

28 Julai 2022, BINTULU - Sebuah premis berasaskan pembuatan aluminium di kawasan perindustrian Tanjung Kidurong telah dikenakan Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu kerana dipercayai menyimpan dan menstorkan buangan industri seperti buangan terjadual tanpa mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar. Persampelan terhadap buangan yang disimpan juga telah dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa lanjut. Susulan tindakan penahanan ini, pihak premis juga telah diberikan Notis Arahan untuk menjalankan tindakan pembaikan dengan serta merta. Semua pihak adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan