PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Pelaksanaan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (BEE) Di Bintulu, Sarawak

DOE Sarawak 04/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pelaksanaan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (BEE) Di Bintulu, Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/07/2022
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

BINTULU, 16-17 Julai 2022 - Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal & Elektronik (BEE) telah berjaya diadakan di Dewan Suarah Bintulu pada 16 dan 17 Julai 2022 bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kempen ini adalah anjuran bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kerjasama Sarawak ICT Association dan syarikat E-Concern (M) Sdn Bhd. Sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan. Sebanyak 17.2MT buangan BEE telah berjaya dikumpul sepanjang pelaksanaan kempen 2 hari tersebut menjadikan jumlah terkumpul ewaste melalui program pengumpulan ewaste JAS Sarawak tahun 2022 dari Januari hingga Julai adalah sebanyak 122.7MT. Terima kasih pada orang awam yang telah datang menyertai kempen ini dan memberi sokongan..anda semua nang hebat! "E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan