Penerangan
KEMAMAN, 2 Julai 2022, Hari ini komitmen berterusan dalam menjalankan penguatkuasan ke atas punca-punca pencemaran telah dijalankan di Gong Limau,Bakau Tinggi,Bukit Kuang,Teluk Kalong,KSB,Kijal,Kemasik,Kerteh,Kg Baru Kerteh,Kg.Chabang,Sg,Sekilir,Beris,Ibok,Bukit Takal,Binjai,Mak Chili,Gong Pauh,Kg.Besut dan Chukai.
Tiada aktiviti pembakaran terbuka dan kejadian yang mencurigakan dan abnormal dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan.
Banner larangan pembakaran terbuka turut dipasang di beberapa lokasi yang berpotensi untuk orang awam melakukan pembakaran terbuka ini.
Tindakan ini sebagai usaha pencegahan dan amaran keras agar aktiviti berkenaan tidak dilakukan oleh orang awam yang terlibat.
Pemantauan ke atas infrastruktur pencegahan kebakaran di Tanah Gambut juga dilakukan di Sg.Sekilir Kemasik Keseluruhan infra berfungsi dengan baik.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu
#jascawkemaman