Penerangan
KUALA TERENGGANU, 8 Julai 2022 - JAS Terengganu terus menjalankan rondaan bagi memantau punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini telah melibatkan daerah Kuala Terengganu, daerah Setiu, daerah Besut dan Kuala Nerus. Tiada pembakaran terbuka dikesan semasa rondaan dilakukan.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa longgokan pokok-pokok daripada aktiviti pembersihan kawasan di Kg. Bintang, Setiu. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasn tersebut bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah tidak melakukan aktiviti berkenaan.
Pemantauan premis telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut. Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan dijumpai sepanjang pemantauan ini.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu