Penerangan
KEMAMAN, TERENGGANU, 8 Julai 2022 – Pasukan penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran pada hari ini, yang juga merupakan cuti hujung minggu.
Kawasan operasi dan pemantauan melibatkan sekitar Bakau tinggi, Bukit Anak Teruna, Bukit Kemunting, Semayor, Kg. Chabang, Kertih, Kemasik, Kijal, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Bakau Tinggi dan Chukai,
Hasil operasi dan pemantauan ini, tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai dan tiada kejadian abnormal dan mencurigakan dikesan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu
#jascawkemaman