Penerangan
KUALA TERENGGANU, 7 Julai 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu telah memenuhi jemputan dari Syarikat yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman, Terengganu dalam aktiviti ceramah dan pameran berkaitan kepentingan alam sekitar dan undang-undang yang perlu dipatuhi.
Selain itu, aktiviti tanam pokok juga turut diadakan sebagai tanda sokongan dan komitmen pihak syarikat ini dalam melestarikan alam sekitar di premis mereka.
Dengan penglibatan JAS Terengganu dalam program sebegini diharap memberi semangat kepada premis ini untuk terus melaksanakan program-program sebegini pada masa akan datang.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu