Penerangan
Pasir Gudang : 4 Julai 2022 : Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 di premis yang ditetapkan (buangan terjadual).
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding perlu mengemukakan semula maklumat lengkap pada lukisan "as-built" dan rekod pemantauan prestasi. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan pada lukisan kejuruteraan dan rekod pemantauan prestasi mengikut kepada Garis Panduan yang ditetapkan.