IPOH, 24 Jun 2022 - Sebuah premis kitar semula plastik yang terletak di Bidor telah dikenakan tindakan penahanan kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak atas kesalahan sistem pengolahan efluen perindustrian gagal berfungsi dengan baik.
Pemain industri adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil oleh JAS jika berlaku sebarang pelanggaran akta yang mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan kesihatan orang awam.
Orang ramai boleh melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 dan atau melalui e-aduan di
[email protected].