PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PROGRAM LAWATAN KERJA YB MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR BERSAMA AGENSI KASA NEGERI PERAK

DOE Perak 28/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM LAWATAN KERJA YB MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR BERSAMA AGENSI KASA NEGERI PERAK
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/07/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

14 Jun 2022, IPOH - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak sangat bertuah pada hari ini kerana menerima kunjungan YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air, ke pejabat JAS Negeri Perak hari ini. YB Menteri hadir sempena Program Teh Tarik Bersama Warga Agensi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di negeri Perak. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah diberi penghormatan sebagai Tuan Rumah bagi perjumpaan ini. Antara agensi yang hadir adalah wakil Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Perak, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium Perak. JAS Perak telah diketuai oleh Pengarah Haji Rosli Bin Zul dan turut disertai oleh Ketua-ketua Cawangan, Ketua- ketua Seksyen serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan. YB Menteri dalam ucapannya turut menyatakan terima kasih kepada semua agensi yang telah memberikan komitmen dalam penjagaan alam sekitar. Program bersifat sembang santai itu telah berlangsung selama hampir 2 jam turut diambil peluang oleh pegawai dan kakitangan berkongsi pelbagai pandangan terutama membabitkan hala tuju bagi meningkatkan penguatkuasaan, laluan kerjaya pegawai, dasar polisi ke arah alam sekitar yg lebih lestari dan sebagainya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan