Penerangan
KUNJUNG HORMAT OLEH STESEN JANAKUASA TUANKU MUKHRIZ, PORT DICKSON KE JAS NEGERI SEMBILAN
26 Julai 2022, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat dari Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz, Port Dickson hari ini bertempat di Pejabat JAS Negeri Sembilan.
Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah JAS Negeri Sembilan berbesar hati mempengerusikan sesi pembentangan dan perbincangan mengenai status pematuhan premis serta aktiviti-aktiviti kesedaran alam sekitar yang boleh dijalankan secara kerjasama dengan JAS Negeri Sembilan pada masa akan datang.
Kunjungan hormat dari Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz, Port Dickson diketuai oleh Tuan Haji Jamal bin Yusoff iaitu Pengarah Urusan Jimah East Power Sdn. Bhd., Ts. Abidin Sarjo iaitu Pengurus Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz serta pegawai-pegawai eksekutif Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz.
Turut hadir adalah pegawai-pegawai penguat kuasa Bahagian Operasi, JAS Negeri Sembilan.