Penerangan
SUNGAI LEMBING, 17 Julai 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bercemar duli melawat booth pameran Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang di Program Paya Besar Dialogue.
Antara aktiviti di booth pameran jabatan adalah demonstrasi penggunaan peralatan persampelan kualiti air secara in-situ dan persampelan kualiti udara bagi parameter Particulate Matter bersaiz 10 dan 2.5 microns.