Penerangan
PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DI TAMAN AROWANA INDAH, SEREMBAN 2
23 JULAI 2022, Seremban - Persatuan Penduduk Taman Arowana Indah, Seremban 2 dengan sokongan SWM Environment Negeri Sembilan dan JAS Negeri Sembilan turut menjalankan Program pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) serta barangan kitar semula pada hari ini bertempat di Taman Arowana Indah selaras dengan hari pengumpulan e-waste pada hari Sabtu terakhir setiap bulan.
Program kutipan pada hari ini mengumpul buangan e-waste dan buangan kitar semula seperti kertas, plastik dan lain-lain.
Sokongan yang diterima daripada komuniti setempat adalah sangat menggalakkan. Justeru program ini yang bermula pada tahun 2021 diteruskan dengan jayanya sehingga kini sebagai salah satu usaha komuniti dalam membantu memelihara alam sekitar.