OPS GEMPUR SIRI 6 /2022 PADA 13 - 15 JUN 2022 BAGI PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR KELANTAN
13 Jun 2022, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar Kelantan telah menjalankan pemeriksaan premis industri di sekitar Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang . Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanAlamSekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama