Penerangan
10 Julai 2022 (Ahad), Rondaan pemantauan dan pencegahan pencemaran diadakan di kawasan perindustrian Bayan Lepas, Fasa 2,3,4. Rondaan juga diadakan di kawasan perumahan dan komersial sekitar Georgetown dan Bayan Baru. Edaran pamplet dan maklumat larangan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk berdekatan. Orang awam sentiasa diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2000