Penerangan
6 Julai 2022 (Rabu), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menerima kunjungan hormat daripada MCA Pulau Pinang yang diketuai oleh Datuk Francis Goh Eng Eam bersama dua orang wakil. Kehadiran pihak MCA adalah untuk membincangkan isu-isu alam sekitar di Pulau Pinang khususnya berkaitan pembangunan semula tapak pelupusan sampah Jelutong. Sesi perbincangan ini disertai oleh pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah bt Syed Sahab, Encik Azman Shah bin Ismail, Timbalan Pengarah Operasi JAS dan Encik Mohd Fitri bin Mohd Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) JAS Pulau Pinang