Penerangan
6 Julai 2022 (Rabu), JAS Pulau Pinang telah menjalankan operasi bersepadu “Ops Air Raya”. Operasi ini diadakan selama 3 hari yang juga melibatkan beberapa agensi, antaranya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA). JAS telah menyasarkan beberapa premis termasuk Loji Rawatan Air dan Loji Rawatan Kumbahan. Sebanyak 11 arahan lapangan, 10 notis arahan dan 10 tawaran kompaun telah dikeluarkan sepanjang Ops Air Raya pada kali ini