PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS KHAS MOTOSIKAL HARI RAYA AIDILADHA JABATAN ALAM SEKITAR KEDAH ANJURAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN KEDAH BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA KEDAH

DOE Kedah 17/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS KHAS MOTOSIKAL HARI RAYA AIDILADHA JABATAN ALAM SEKITAR KEDAH ANJURAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN KEDAH BERSAMA ANGGOTA PENGUATKUASA KEDAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
17/07/2022
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

13 Julai 2022 - Alor Setar, Kedah Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Kedah bersama-sama dengan anggota penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan Kedah serta beberapa agensi penguatkuasa telah melaksanakan Ops Khas Motosikal di sekitar kawasan Alor Setar. Operasi ini mensasarkan pemeriksaan bunyi bising motosikal serta pemeriksaan terhadap pelepasan asap hitam kenderaan perdagangan. Sebanyak 17 buah kenderaan perdagangan berenjin diesel menjalani ujian meter dan satu (1) kompaun serta dua (2) notis telah dikeluarkan ke atas kenderaan yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Bagi pemeriksaan bunyi bising motosikal, sebanyak lima (5) buah motosikal telah menjalani ujian bunyi bising dan satu (1) notis telah dikeluarkan ke atas motosikal yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Seramai tujuh (7) orang pegawai penguatkuasa dari JAS Negeri Kedah telah terlibat dalam operasi tersebut. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi AKAS 1974 terutama Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) (Pindaan) 2000.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan