Penerangan
07 Julai 2022 - Alor Setar, Kedah
Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Kedah bersama-sama dengan anggota penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah telah melaksanakan Ops Khas Motosikal di sekitar kawasan Alor Setar.
Operasi ini mensasarkan pemeriksaan bunyi bising motosikal disamping menjalankan pemeriksaan terhadap pelepasan asap hitam bagi kenderaan perdagangan.
Sebanyak 23 buah kenderaan perdagangan berenjin diesel menjalani ujian meter dan dua (2) notis telah dikeluarkan ke atas kenderaan yang tidak patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Bagi pemeriksaan bunyi bising motosikal, sebanyak lapan (8) buah motosikal telah menjalani ujian bunyi bising.
Seramai tujuh (7) orang pegawai penguatkuasa dari JAS Negeri Kedah telah terlibat dalam operasi tersebut.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi AKAS 1974 terutama Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 2000.