PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

Verifikasi SLAAS SK Kampung Tun Razak , Melaka

DOE Melaka 19/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Verifikasi SLAAS SK Kampung Tun Razak , Melaka
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
19/08/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

13 Julai 2022 –   Program Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan Malaysia.  SK Kampung Tun Razak, Melaka adalah antara yang terpilih dalam Verifikasi SLAAS.  Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Melaka Unit Kokorikulum dan Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah antara panel yang terlibat dalam verikasi ini. Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penglibatan masyarakat. Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dapat memberi nilai tambah kepada sekolah dalam lima (5) komponen Sekolah Lestari iaitu mencakupi pengurusan, kokurikulum, penghijauan,kurikulum dan elemen khas. Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar mampu menggalakkan penghayatan, pengamalan dan pembudayaan ciri-ciri mesra alam dalam persekitaran sekolah, rumah, bersama komuniti setempat, masyarakat umum dan akhirnya di peringkat negara. #KementerianAlamSekitarDanAir #jasmelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama #JabatanAlamSekitar #sekolahlestari