Penerangan
13 Julai 2022 – SK Convent Infant Jesus 1, Melaka, adalah antara yang terpilih dalam Verifikasi SLAAS. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Melaka Unit Kokorikulum dan Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah antara panel yang terlibat dalam verikasi ini. Program Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penglibatan masyarakat. Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dapat memberi nilai tambah kepada sekolah dalam lima (5) komponen Sekolah Lestari iaitu
mencakupi pengurusan, kokurikulum, penghijauan,kurikulum dan elemen khas.
Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar mampu menggalakkan penghayatan, pengamalan dan
pembudayaan ciri-ciri mesra alam dalam persekitaran sekolah, rumah, bersama komuniti setempat, masyarakat umum dan akhirnya di peringkat negara.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jasmelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#JabatanAlamSekitar
#sekolahlestari