PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN BAU BUSUK DI KAWASAN LOMBONG TERBIAR, DENGKIL, SEPANG, SELANGOR (NAMTAK) KG ORANG ASLI BUKIT JENUK / KG SEMARANG.

DOE Selangor 17/07/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN BAU BUSUK DI KAWASAN LOMBONG TERBIAR, DENGKIL, SEPANG, SELANGOR (NAMTAK) KG ORANG ASLI BUKIT JENUK / KG SEMARANG.
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
17/07/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

TARIKH : 04 JULAI 2022 MASA : 11.28 am - 4.50 pm LOKASI : Sepang Susulan aduan diterima daripada orang awam,Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sepang telah menjalakan semakan aduan mendapati beberapa lokasi penduduk yang dikenal pasti antaranya, Taman Emas, Taman Kristal, Apartmen Putra, Kita Bayu Cybersouth, dan PPAM Seruling Presint 5 Putrajaya. -Siasatan aduan telah dijalankan oleh JAS Cawangan Sepang merangkumi radius 300meter dari rumah pengadu bermula pada 29 Jun 2022 sehingga 3 Julai 2022 gagal mengesan sebarang punca pencemaran bau. Jesteru itu, alat CEREX telah dipasang di rumah pengadu pada 1 Julai 2022 sehingga 4 Julai 2022 di Taman Kristal. - Pada 4 Julai 2022 rondaan diketuai oleh Ketua Cawangan Sepang, PKK Puan Nor dalillah Binti Abdul Rashid bersama PPK Adham Bin Arifin, PJ Mohd Zulkifli Bin Husin dan PJ Mohamad Kamarull Ariffin Bin Bahtiar telah menjalankan siasatan aduan pada jam 9.00 pagi. Siasatan Awal mengesyaki satu lokasi tersorok di dalam Kawasan Kg. Orang Asli Bukit Jenuk/ Kg. Semarang, Dengkil, Sepang, Selangor Darul Ehsan. -Siasatan mendapati laluan masuk berpagar dan tidak berkunci. Terdapat bau yang mencurigakan di dua lokasi yang dijadikan tempat buangan yang disyaki Buangan Terjadual. Cerapan Log Lat telah diambil dilokasi iaitu Lokasi pertama 2.87740, 101.68897 dan Lokasi kedua 2.87705, 101.68832. Semakan awal mendapati lokasi ialah tanah Kerajaan ( Maklumat awal dari wakil Pejabat Tanah.) -Pihak HAZMAT juga telah dihubungi dilokasi bagi memastikan keadaan tapak selamat untuk dimasuki bagi membuat siasatan. Pihak Bomba Hazmat diketuai oleh PBK II En Haspezal dari unti Hazmat berkekuatan 8 orang anggota, 1 Unit Lori Jentera, dan 1 Unit Pacuan 4 Roda. -Siasatan mendapati terdapat beberapa buangan terjadual yang disyaki antaranya sisa sisa cat, Tong tong terpakai yang dihancurkan, sludge cake, dan sebagainya. Aktiviti ini disyaki berlaku lebih kurang beberapa minggu kebelakangan ini. Pihak Agensi seperti Pihak Pejabat Tanah Sepang, Bomba, IPD Sepang telah dimaklumkan untuk ke lokasi semasa siasatan. Tiada pelaku yang dikesan semasa siasatan. -Pihak JAS Cawangan Sepang telah menjalankan kerja kerja persampelan di lokasi dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Lokasi juga turut dikondon bagi siasatan lanjut. Jarak antara sungai Langat ialah hampir 700m dari lokasi kejadian. -Siasatan lanjut juga mendapati terdapat sebuah unit excavator (jengkaut) yang disyaki digunakan untuk meratakan buangan ini dan terdapat 1 unit kolam yang dikorek yang juga disyaki bagi melupuskan buangan terjadual tersebut. Ph di kolam tersebut ialah Ph 8. Walaubagaimanapun jentera tersebut telah disita oleh JAS Sepang dilokasi untuk siasatan lanjut. Pagar di laluan masuk juga telah dikondon untuk sementara waktu bagi mengelakkan kacau ganggu pihak luar. Siasatan tamat pada Jam lebih kurang pukul 5 petang. Tindakan yang diambil -Percontohan rasmi telah dijalankan sebanyak 5 botol kaca dan akan dihantar ke JKM -Membuat carian rasmi di Pejabat Tanah Sepang. -Jentera tersebut telah dikondon untuk siasatan lanjut. -Pemantauan lanjut akan dijalankan di tempat kejadian.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan