PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN AIR BUIH DI SUNGAI AUR PANDAMARAN, KLANG 07 JULAI 2022

DOE Selangor 17/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN AIR BUIH DI SUNGAI AUR PANDAMARAN, KLANG 07 JULAI 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
17/07/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

  MASA : 12.40 tengahari hingga 2.30 petang TARIKH : 7 Julai 2022 LOKASI : KLANG Susulan aduan yang di terima, pasukan penyiasat telah ke lokasi aduan di Sungai Aur Pandamaran. Hasil siasatan mendapati aduan tersebut berasas dimana terdapat air buih seperti yang di laporkan. Pasukan penyiasat menyusur ke lokasi upstream kawasan pencemaran bagi mengenalpasti punca-punca lain. Pemantauan turut dijalankan di kawasan sekitarnya dengan melalui jalan-jalan berikut : - Jalan Pandamaran Jaya - Persiaran Batu Nilam - Jalan Batu Nilam 35 Laluan berikut adalah kawasan premis kediaman dan tidak terdapat kawasan perindustrian. Pemeriksaan di longkang longkang awam juga tidak menemukan air buih dan tiada aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dikesan. Pasukan penyiasat menemui wakil dari pihak JPS  (Pembantu Awam JPS). Beliau memaklumkan bahawa kejadian air buih ini adalah berpunca dari Screw Pump dimana air yang dilepaskan melalui proses ‘ Turbulance’. Screw Pump beroperasi secara automatik dimana ia berfungsi mengepam air yang berada di kawasan Persiaran Batu Nilam ke laut bagi mengelakkan berlakunya kejadian banjir di kawasan premis kediaman. Pam akan berhenti secara automatik apabila paras air sungai menyamai paras air laut. Pemantauan melalui dron juga tidak menemukan sebarang tanda-tanda atau aliran air buih di sepanjang aliran sungai Aur. Ujian keasidan telah dijalankan di stesen tersebut dan beberapa lokasi lain dan bacaan pH mencatatkan pH 6. Satu (1) persampelan telah dijalankan bagi mengenalpasti komposisi air sungai. Sampel tersebut akan dihantar ke pihak JKM bagi tujuan analisa. Satu (1) Field Citation telah dikeluarkan ke pihak JPS bagi tujuan pemantauan berhubung kejadian air buih tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan