PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DAN KONSERVASI MARIN 2022

DOE WP Labuan 17/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DAN KONSERVASI MARIN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
17/07/2022
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

28 JUN 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah dijemput bagi menghadiri Program Pembersihan Pantai dan Konservasi Marin 2022 anjuran Pejabat Perikanan WP Labuan bertempat di Pulau Rusukan Besar, WP Labuan sempena Hari Lautan Sedunia pada Selasa. Program ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah JAS WP Labuan sendiri yang telah dihadiri oleh En. Muhammad Nadzmi dan juga pelajar praktikal di JAS WP Labuan. Program ini diadakan bagi memberi kesedaran secara meluas kepada semua mengenai ekosistem di lautan terutamanya konservasi penyu di kawasan Pulau Rusukan Besar. Program ini juga bertujuan memastikan pengetahuan peserta dapat ditingkatkan sekaligus menjadi duta kepada masyarakat di luar sana mengenai kepentingan laut kepada semua. Sebanyak lebih daripada 200 kilogram sampah berjaya dikumpul di sekitar Pulau Rusukan Besar dan sebahagian besar sampah tersebut merupakan plastik botol dan polisterin yang terdampar di lautan. Semoga program ini mampu memberi kesedaran kepada semua tentang kepentingan konservasi marin. #JASWPLabuan #Labuanlestari

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan