Penerangan
27 JUN 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah mengadakan sebuah kuliah EIA yang disampaikan sendiri oleh Pengarah JAS WP Labuan, Tn. Amir Hamzah Bin Haji Musa pada Isnin.
Kuliah ini didakan secara bersemuka bersama pelajar praktikal yang sedang menjalani praktikal di JAS WP Labuan.
Tujuan kuliah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan yang jelas bagaimana proses EIA dijalankan selain mampu meningkatkan pengetahuan peserta mengenai EIA.
Sebarang bentuk aduan mengenai EIA atau pencemaran alam sekitar boleh hubungi kami di talian 010-2708772 atau 087-408772.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari