Penerangan
25 JUN 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menganjurkan Program Hi-Picking (KUDAH) bersama Rakan Alam Sekitar bertempat di Laluan Chimney Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada Sabtu lepas.
Bertemakan "Hanya Satu Bumi" pada tahun ini, JAS WP Labuan bersama-sama RAS WP Labuan telah mengumpul sebanyak 66.924 Kilogram sampah sarap sepanjang laluan ke Gedung Ubat dan Pantai Chimney Trail.
Program ini disertai oleh ahli RAS WP Labuan yang berdaftar dengan JAS WP Labuan. Bagi masyarakat yang berminat menjadi ahli RAS, anda semua dijemput untuk menekan pautan https://myras.doe.gov.my/
#JASWPLabuan
#Labuanlestari