Penerangan
OPS GERAK KENDERAAN PERDAGANGAN BIL 15/2022 JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SEMBILAN
5 Julai 2022, SEREMBAN - Satu operasi Ops Gerak telah dijalankan JAS Negeri Sembilan di Jalan Persiaran Senawang 1,Negeri Sembilan.
Dalam Operasi ini, sebanyak 12 kenderaan telah menjalani pemeriksaan saringan secara visual. 6 kenderaan telah diuji menggunakan meter. Sebanyak 1 kompaun telah dikeluarkan oleh JAS Negeri Sembilan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Manakala 3 Notis Arahan Ujian Semula telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang tidak patuh Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974
Pemilik kenderaan diingatkan sentiasa memastikan kenderaan berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.