PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN SISTEM PEMBETUNGAN NEGERI SABAH

DOE Sabah 01/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN SISTEM PEMBETUNGAN NEGERI SABAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN SISTEM PEMBETUNGAN NEGERI SABAH ???Tarikh: 28 Jun 2022 / selasa ?Masa : 9.30 pagi ??Tempat: Bilik Mesyuarat Mayor, DBKK ??Anjuran : Jabatan Audit Negara Negeri Sabah (JAN) ???????????Kehadiran : 1. En. Halimuddin (TP JAN) dan 5 org pegawai 2. En. Abd Manaf (TKP DBKK) dan 8 org pegawai – Pengerusi Mesyuarat 3. Wakil JPPS 4. Wakil JAS ( PP(K) Roslina ) ?? Tujuan mesyuarat: 1. Pihak DBKK akan diaudit sebagaimana pihak JPPS , berhubung pengurusan sisa kumbahan memandangkan pihak DBKK mempunyai aset STP/pump house sendiri selain membuat kutipan terhadap caj pembetungan. 2. JAS telah dijemput untuk membantu JAN terutama dalam membuat persampelan terhadap STP bagi menentukan kecekapan STP merawat air kumbahan untuk mengelakkan pencemaran air. ?? Taklimat oleh DBKK: 1. Sebanyak 34 pump house, 17 STP telah diserahkan kepada pihak JKR/ JPPS. 2. Masih terdapat 77 pump house, 74 STP dibawah seliaan pihak DBKK termasuk sewer line. 3. Walau pun, terdapat aset yang telah diserahkan oleh DBKK kepada JPPS, pihak DBKK masih belum pernah menyerahkan atau berkongsi hasil caj pembetungan yang telah dipungut daripada pengguna di Kota Kinabalu. Ini kerana hasil yang terkumpul daripada caj pembetungan tersebut masih belum mampu untuk menampung kos penyenggaraan dan baik pulih asset sediada. 4. Setakat ini, tunggakan caj pembentungan yang masih belum diperoleh daripada pengguna adalah mencecah RM 1 juta. 5. Pihak DBKK setiap tahun memerlukan peruntukan yang tinggi untuk tujuan senggaraan dan operasi STP, oleh itu selain daripada kutipan caj pembentungan, bajet dari Kerajaan Negeri masih diperlukan setiap tahun yang mencecah sehingga RM 5 juta. ?? Lain-lain hal: 1. Pihak JAN memaklumkan akan membuat pemeriksaan ke atas STP yang terpilih termasuk STP yang bermasalah, dengan kerjasama JAS. 2. Lawatan bersepadu ke STP terpilih akan dijalankan pada 30 Jun 2022. Pihak DBKK dan JPPS diminta untuk hadir sama, selaku pemilik aset. 3. Pihak JAN perlu menyiapkan laporan audit kajian pengurusan system pembetungan di Sabah pada akhir Julai 2022. ?? Tindakan JAS: 1. Berkongsi hasil Analisa kimia terhadap sampel kumbahan yang diambil dari STP milik DBKK/JPPS. 2. Maklumat kualiti air marin dan sungai. 3. Data OER terhadap STP terlibat. ???? Mesyuarat seumpama ini, akan diadakan di Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada 04 Julai 2022.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan