Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) KE-5 (BIL. 2/2022) BAGI PROJEK RMK-12: PEMANTAPAN PELAKSANAAN PENILAIAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA – PENGUKUHAN SKIM JURURUNDING EIA
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 30/06/2022
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (JKP) KE-5 (BIL. 2/2022) BAGI PROJEK RMK-12: PEMANTAPAN PELAKSANAAN PENILAIAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA – PENGUKUHAN SKIM JURURUNDING EIA ??
?? Tarikh: 24 Jun 2022 (Jumaat)
?? Masa: 9.30 pagi - 12.00 tengahari
?? Tempat: Hybrid (Bilik Mesyuarat Kenanga, JAS Ibu Pejabat & Zoom Meeting)
???? Pengerusi: YBrs. Puan Pengarah Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat
?? Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat
?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 25 orang hadir wakil Bahagian di JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri, SIRIM & Wakil Juruaudit & Jururunding
?? Kehadiran JAS Sabah: PP FM
?? Butiran Bengkel:
1?? Tujuan mesyuarat JKP ini diadakan adalah untuk memaklumkan status pelaksanaan projek dan mengadakan perbincangan lanjut dengan stackholders mengenai draf akhir dokumen Garis Panduan Pendaftaran Jururunding EIA, Garis Panduan Pendaftaran Juruaudit Alam Sekitar & Garis Panduan Pelaksanaan Audit Alam Sekitar dan seterusnya membuat keputusan sama ada dokumen-dokumen yang disediakan boleh diterima untuk diperakukan atau tidak.
2?? Ketiga-tiga status dan rangka penyediaan draf dokumen garis panduan berkenaan telah dibentangkan oleh jururunding yang dilantik iaitu Enviro Enhance Sdn. Bhd. (EESB).
3?? Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa untuk site verification oleh DOE Officer bagi menutup penemuan audit (close audit) tidak diwajibkan (jika perlu bergantung kepada kriteria yg ditetapkan) dan tempoh untuk menjalankan site verification sekiranya diperlukan, dipanjangkan daripada 5 hari bekerja kepada 10 hari bekerja.
4?? Wakil JAS Sabah mencadangkan untuk elemen recommendation (dari segi keperluan site verification oleh Pegawai JAS) oleh Auditor dimasukkan dalam Laporan Audit / Ringkasan Audit untuk membantu JAS mempertimbangkan keperluan untuk menjalankan site verification memandangkan keseriusan sesuatu penemuan audit dinilai berdasarkan audit yang dijalankan oleh auditor di lapangan.
5?? Mesyuarat JKP bersetuju untuk memperakukan ketiga-tiga (3) draf akhir dokumen dengan pindaan.