Penerangan
BENGKEL MEMUKTAMADKAN PROJEK RMK-12 : PEMANTAPAN PELAKSANAAN PENILAIAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA - PENGUKUHAN DOKUMEN PANDUAN / GARIS PANDUAN PENILAIAN KEPADA ALAM SEKELILING ??
?? Tarikh: 14 - 16 Jun 2022
?? Masa: 8.30 pagi - 10.30 malam
?? Tempat: Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam, Selangor
???? Pengerusi: YBrs. Puan Rohimah Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat
?? Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat
?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 40 orang hadir wakil Bahagian di JAS Ibu Pejabat & JAS Negeri, Jururunding EIA & Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan.
?? Kehadiran JAS Sabah: PP FM
?? Butiran Bengkel:
1?? Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan ulasan dan input lanjut daripada pegawai-pegawai EIA JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri mengenai tiga (3) draf akhir dokumen Garis Panduan EIA (EGIM), Garis Panduan Penempatan Industri & Garis Panduan Mengenai Keperluan Alam Sekitar untuk Pelabur serta satu (1) dokumen PTO Pemprosesan Laporan EIA.
2?? Ketiga-tiga draf akhir dokumen garis panduan berkenaan telah dibentangkan oleh jururunding yang dilantik iaitu IESB & ERE Consulting Group Sdn. Bhd.
3?? Bengkel bersetuju dengan beberapa input cadangan penambahbaikan ke atas draf PTO Pemprosesan Laporan EIA daripada JAS Sabah bagi memudahkan lagi rujukan Pegawai Penilai EIA JAS terutamanya kepada pegawai yang baru dalam Bahagian/Unit EIA.
4?? Bengkel juga bersetuju dengan beberapa cadangan input penambahbaikan daripada JAS Sabah ke atas draf dokumen EGIM supaya dokumen berkenaan dapat memberi panduan yg menyeluruh dalam pelaksanaan proses kajian EIA dan penyediaan Laporan EIA.
5?? Bengkel juga bersetuju dengan beberapa cadangan input penambahbaikan dan beberapa pembetulan daripada JAS Sabah ke atas draf dokumen panduan kepada pelabur memandangkan terdapat banyak kesilapan dari segi maklumat, proses dan prosedur sediaada yang ditetapkan & digunapakai oleh JAS.