Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN TAPAK PROJEK EIA OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 30/06/2022
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
PENGUATKUASAAN TAPAK PROJEK EIA OLEH JAS NEGERI SEMBILAN
28 Jun 2022, Gemas - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan melalui Unit Post EIA, Bahagian Pembangunan telah melakukan penguatkuasaan tapak bagi pembangunan projek yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015.
Lawatan penguatkuasaan ini bertujuan memastikan pematuhan tapak projek terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya melalui syarat-syarat kelulusan EIA yang diberikan oleh Jabatan ini.