Penerangan
KURSUS CERTIFIED PROFESIONAL ENVIRONMENTAL OFFICER IN ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT PROJECT DEVELOPMENT PADA 13 HINGGA 17 JUN 2022
?? Pusat Penilaian, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah menganjurkan kursus kompetensi bertajuk "Certified Professional Environmental Officer in Environmental Impact Assessment Project Development (CePEOEIA)" pada 13 hingga 17 Jun 2022 yang bertempat di Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor.
?? Program kursus kompetensi ini telah dihadiri seramai 25 orang peserta yang mana merupakan pegawai yang bertugas sebagai Environmental Officer (EO) bagi projek EIA yang telah diluluskan, Assisstant EO, dan yang bakal dilantik sebagai EO.
?? Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan Environmental Officer yang berwibawa dan mampu serta berupaya untuk menjalankan tugas dan peranan EO yang kompeten dalam memastikan syarat-syarat kelulusan EIA yang dikeluarkan bagi sesuatu projek dapat dipatuhi sepenuhnya oleh Penggerak Projek.
?? En. Mohd Fauzi Bin Mahmud telah dijemput sebagai Penceramah Kursus bagi Modul 2: Pemahaman & Pematuhan kepada Syarat-Syarat Kelulusan Laporan EIA yang telah disampaikan pada 13 Jun 2022, 2.00 - 5.00 petang dan pada 14 Jun 2022, 9.00 pagi - 1.00 petang.
?? Objektif modul yang disampaikan adalah bagi memastikan peserta kursus yang sedang/akan menjalankan tugas sebagai EO memahami setiap peringkat pelaksanaan projek, memahami semua syarat-syarat kelulusan Laporan EIA semasa pelaksanaan projek & memahami tugas & peranan EO dalam memastikan pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan Laporan EIA.