PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

LAWATAN KE GAMALUX OILS SDN BHD DAN SESI PEMBENTANGAN PELAN TINDAKAN PEMATUHAN ALAM SEKITAR OLEH GAMALUX OILS SDN. BHD.

DOE Sabah 01/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KE GAMALUX OILS SDN BHD DAN SESI PEMBENTANGAN PELAN TINDAKAN PEMATUHAN ALAM SEKITAR OLEH GAMALUX OILS SDN. BHD.
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU|Sabah>Tawau

Penerangan

LAWATAN KE GAMALUX OILS SDN BHD DAN SESI PEMBENTANGAN PELAN TINDAKAN PEMATUHAN ALAM SEKITAR OLEH GAMALUX OILS SDN. BHD. ??? Tarikh : 10 Jun2022 (Jumaat) ?? Masa: 9.30 pagi - 11.45pagi ?? Tempat: ??Gamalux Oil Sdn. Bhd. ???????*Kehadiran JAS: Tuan Amirul Bin Arifin, PKK Siti Nor Aisah Abdul Razak, PPKK Mohd Zikri Bin Ismail, PPKK Azman Bin Salamon, PJ Muhamad Shariff Bin Bolong ???????*Kehadiran Industri: En. Salam (Pengurus), En. Daud (Penolong Pengurus) dan Pn. Hafizah (SHO) ??????? Tujuan sesi pembentangan ini adalah untuk membentangkan pelan tindakan pembaikan jangka masa pendek dan panjang terhadap pematuhan alam sekitar susulan tindakan POK yang telah dikenakan pada 27 Mei 2022. ??????? Pihak kilang telah membentangkan pengenalan mengenai Gamalux Oils, pengoperasian kilang dan pelan tindakan jangka masa pendek & panjang terhadap pematuhan alam sekitar antaranya Kompeten Person, status perlaksanaan EMT, Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU), IETS, pengurusan SBE, pelupusan DOBE dan cadangan pembesaran Solvent Plant. ??????? Tuan Pengarah telah mengambil maklum pembentangan yang telah diberikan oleh pihak kilang dan memperingatkan supaya tidak mengulangi kesalahan sama untuk kali ke 3. Tindakan yang lebih tegas akan dikenakan iaitu Perintah Larangan sekiranya berulang. Bagi cadangan pembesaran Solvent Plant pihak kilang perlu merujuk kepada Jabatan ini terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan. ??????? Pihak kilang diminta untuk mengemukakan hasil kajian yang telah dijalankan oleh UMS mengenai kesan komulatif hexane di tapak pelupusan DOBE sedia ada di POIC dan juga hasil kajian-kajian yang lain. ??????? Pihak kilang juga diminta untuk terus memberikan komitmen terhadap pematuhan alam sekitar. Beliau juga memaklumkan bahawa Jabatan ini dalam proses untuk memperketatkan lagi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sediaada bagi memastikan tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar di masa akan datang. ??????? Selain itu, Pengarah juga memaklumkan pihak Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam usaha untuk melaksanakan sistem ranking/penarafan bintang ke arah pematuhan alam sekitar bagi semua industri yang terdapat di Malaysia. Beliau juga meminta supaya pihak industri sentiasa berhubungan dengan Pegawai JAS terutama JAS Cawangan Tawau jikalau terdapat sebarang permasalahan dalam pengurusan dan pematuhan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan