PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

VIRTUAL WORKSHOP: ESWIS - PEMATUHAN KEPADA PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (BUANGAN TERJADUAL) 2005 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH

DOE Kedah 01/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
VIRTUAL WORKSHOP: ESWIS - PEMATUHAN KEPADA PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (BUANGAN TERJADUAL) 2005 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

15 Jun 2022 - Alor Setar, Kedah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Kedah (KASKED) telah menganjurkan satu bengkel secara maya bertajuk Virtual Workshop: eSWIS - Pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Perasmian bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah JAS Negeri Kedah, Encik Norazizi bin Adinan dan disertai oleh 250 orang peserta yang terdiri daripada Orang Yang Berwibawa dan wakil daripada pelbagai premis yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Panel-panel bagi bengkel tersebut termasuklah Encik Ts. Hj. Mohd Faizal bin Ab. Jalil, Encik Mohamad Najmi bin Mohamad Rasidi dan Cik Salmiwaty Binti Kong Ya daripada JAS Negeri Kedah. Objektif bengkel ini dianjurkan adalah memberi kefahaman yang jelas mengenai pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Pengurusan Buangan Terjadual dan penjelasan terperinci secara Hands On tentang penggunaan sistem eSWIS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan