Penerangan
Bermula 20 Jun 2022, pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah mula giat menjalankan aktiviti berpindah dari bangunan Menara Zakat, Alor Setar ke Bangunan Souq Al-Bukhori, Alor Setar.
Kerja-kerja pembungkusan hingga penghantaran barang-barang pentadbirandan teknikal telah dilakukan secara gotong-royong dan semua kakitangan JAS Negeri Kedah telah berjaya melaksanakan proses perpindahan pejabat ke bangunan Souq Al-Bukhori dalam suasana yang harmoni.
Diharapkan dengan perpindahan ke bangunan baru ini, semua warga JAS Kedah akan lebih bersemangat dan komited di dalam melaksanakan tugasan demi memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa dapat dipelihara dan dipulihara.