Penerangan
KUALA TERENGGANU, 30 JUN 2022 – YBrs. Encik Ridhuwan Ramli, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).
Keperluan penyediaan dokumen EMP ini, tertakluk di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Dokumen ini merupakan antara syarat kelulusan EIA yang mesti dipatuhi dan disediakan oleh pihak pemaju projek, sebelum memulakan sebarang aktiviti kerja tanah dan pembinaan di tapak projek.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama