Penerangan
KUALA TERENGGANU, 18 Jun 2022 – Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus memantau punca-punca pencemaran di sekitar Sungai Rengas, Atas Tol, Bukit Payong, Gondang, Rhu Rendang, Rusila, Chendering, Kuala Ibai, Losong, Pulau Kerengga dan Ajil.
Hasil pemantauan ini, tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka ditemui.
Pemantauan turut dijalankan di penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, Kawasan Perindustrian Bukit Kor, Marang dan Kawasan Perindustrian Ajil, Hulu Terengganu. Tiada pencemaran udara dan pelepasan sisa air industri yang tidak dirawat ditemui.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu