PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU KOMITED PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 30/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU KOMITED PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 17 Jun 2022 - JAS Terengganu terus menjalankan rondaan memantau punca-punca pencemaran yang melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu. Hasil rondaan yang melibatkan laluan utama dan jalan-jalan kampung ini,di ketiga-tiga daerah ini didapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan turut dilakukan di lokasi yang menempatkan infrastruktur tanah gambut  juga tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan. Pemeriksaan di Tapak Pelupusan Sampah, di Kg. Air Sejuk, juga tidak menemui punca pencemaran. Walau bagaimanapun beberapa kawasan telah dipasang banner larangan pembakaran terbuka yang ditemui terdapat longgokan pokok- pokok di tapak pembersihan tanah di Kampung Air Sejuk. Pemantauan di kawasan tapak projek ECRL di Kg Guntung, menemui kesan habuk daripada pergerakan lori dan loader di tapak projek. Walaupun projek jauh drp penempatan, pihak pemaju telah diarahkan untuk mengawal dan mengurangkan punca pencemaran tersebut. Pemantauan di beberapa lokasi pantai Setiu,tidak menemui kesan pencemaran bebola tar dan tiada tumpahan minyak ditemui. Pemanatauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Gong Badak. Didapati kebanyakan kilang tidak beroperasi. Hasil rondaan tidak menemui kejadian yang mencurigakan. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan