Penerangan
KUALA TERENGGANU, 11 Jun 2022 - JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan ini telah dilakukan, sekitar di sekitar Kuala Terengganu, Bukit Payong, Kawasan Perindustrian Ajil, Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai dan Marang. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan
Selain itu pemantauan ke atas dua (2) kilang arang di belakang Kilang Bomill Sdn.Bhd, daerah Hulu Terengganu, di dapati sebahagian tempat proses arang telah di isi dengan kayu. Ini petanda kilang ini akan beroperasi semula.
Pemantauan ke atas kilang arang di Bukit Kuan, Hulu Terengganu, didapati tiada sebarang asap di kesan melalui cerobong dan sekitar kawasan premis.
Pemantauan ke atas Tapak Pelupusan Sampah Batu 21, Kuala Berang juga didapati tiada pembakaran terbuka dikesan.
JAS Terengganu akan terus menjalankan pemantauan dan rondaan mencegah pembakaran terbuka, demi kesejahteraan seluruh masyarakat di negeri ini.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu