Penerangan
KUALA TERENGGANU, 10 Jun 2022 - JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan ini telah dilakukan, sekitar Pulau Sekati , Bukit Jong, Gemuruh , Sungai Tong, Permaisuri, Guntung, Saujana, Nyatoh,Penarik, Merang Rhu Sepuloh, Lembah Bidung dan kawasan Pantai Tok Jembal , Tiada pembakaran terbuka dikesan
Selain itu pemantauan ke atas tapak pelupusan sampah di Kg. Sg Ikan, turut dilakukan, tiada pembakaran terbuka di kesan. Walau bagaimanapun beberapa longgokan sisa-sisa pokok, hasil aktiviti pembersihan tanah di Kg Telaga Putat daerah Setiu telah dijumpai.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai langkah pemcegahan dan amaran kepada pihak yang terlibat supaya aktiviti ini tidak direruskan.
Pemantauan di kawasan pantai juga dilakukan dan didapati tiada barang aktiviti abnormal dikesan.