Penerangan
KUALA TERENGGANU, 3 Jun 2022 - JAS Terengganu terus menjalankan rondaan bagi memantau punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Komitmen berterusan dalam operasi mencegah pembakaran terbuka ini telah dilakukan di sekitar Kuala Terengganu, Losong, Pulau Kambing, Kg Paloh, Kg Pulau Sekati, Chendering, Rusila, Rhu Rendang, Merchang, Pulau Kerengga dan Ajil. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan ke atas operasi kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Chendering, daerah Kuala Terengganu, Kawasan Perindustrian Bukit Kor, daerah Marang dan Kawasan Perindustrian Ajil, daerah Hulu Terengganu mendapati tiada aktiviti yang abnormal dan mencurigakan ditemui.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu