PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS CAWANGAN KEMAMAN MERONDA PANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 30/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS CAWANGAN KEMAMAN MERONDA PANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 18 Jun 2022,  Hari ini rondaan, pemantauan dan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) oleh pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman di sekitar Kuala Kemaman dan Paya Berenjut mendapati  telah menemui pembakaran sampah sarap berskala kecil. Pihak terbabit telah  diarahkan untuk melakukan pemadaman serta merta dan risalah turut diedarkan agar aktiviti tersebut tidak berulang. Selain itu, rondaan juga telah dilakukan di sekitar kawasan Chukai, Geliga,  Binjai, Alam Perdana, Paman, Ibok, Air Jernih, Semayor, Kemasik, Kijal, Telok Kalong, Bukit Kuang, dan Bakau tinggi Hasil rondaan ini tiada  pembakaran terbuka dijumpai. Pemantauan di Kawasan Perindustrian Telok Kalong juga mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan Pemantauan di Persisir Pantai Geliga juga tidak mengesan  sebarang pencemaran bebola tar. Pemeriksaan infrastruktur , check dam di Kemasik, menunjukkan paras air berada pada ketinggian normal dan berfungsi dengan baik. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu #jascawkemaman

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan