PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN, PEMANTAUAN  DAN OMPT JAS CAWANGAN KEMAMAN

DOE Terengganu 30/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN, PEMANTAUAN  DAN OMPT JAS CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 11 Jun 2022,  Hari ini rondaan, pemantauan dan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dijalankan  di Gong Limau,Bakau Tinggi,Bukit Kuang,Teluk Kalong,Kemaman Supply Base, Kijal, Bukit Anak Dara, Jong Laboh, Padang Kemunting, Ibok, Bukit Takal, Mak Chili, Gong Pauh, Kg.Besut dan Chukai. Hasil rondaan, pemantauan dan OMPT ini ,tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan dan abnormal ditemui. Pemantauan ke atas kilang-kilang yang beroperasi di Kemaman Supply Base (KSB) juga didapati , tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui. Pemantauan ke atas Tapak Pelupusan Sampah (TPS) Kg. Mak Chili, didapati  tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui semasa tinjauan dilakukan ke atas TPS ini. Pemantauan ke atas  infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut, di  Kg.Padang Kemunting Kijal, mendapati sekatan air berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, pengukur aras air telah kabur.  Perkara ini akan dimaklumkan kepada Jabatan berkaitan untuk  digantikan dengan yang baru. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu #jascawkemaman

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan