Penerangan
BELAGA, 11-12 Jun 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu telah menyertai satu program kesedaran alam sekitar bersama komuniti rumah panjang anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak bertempat di Rumah Panjang Aging Long Da’ah di Belaga, Sarawak.
Objektif program diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk rumah panjang mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar secara mampan disamping memberi penerangan bidangkuasa agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).
Pengisian program tersebut adalah melibatkan ceramah kesedaran alam sekitar dan kempen pengumpulan buangan e-waste, kuiz alam sekitar, aktiviti gotong-royong dan randau bersama komuniti, taklimat penghasilan baja kompos, sesi pendidikan alam sekitar kepada kanak-kanak dan aktiviti penanaman 30 anak pokok buah di sekitar kawasan rumah panjang.
Program ini telah mendapat sambutan baik daripada ketua kaum dan tuai rumah dimana seramai lebih kurang 120 orang penduduk rumah panjang di kawasan Belaga tersebut telah bersama-sama menjayakan program kesedaran alam sekitar ini.