PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Ceramah Kesedaran Alam Sekitar Dan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (BEE) Di Bintulu, Sarawak

DOE Sarawak 01/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ceramah Kesedaran Alam Sekitar Dan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (BEE) Di Bintulu, Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Sarawak
Lokasi
Sarawak>Bintulu

Penerangan

BINTULU, 15 Jun 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu telah dijemput untuk menjayakan Minggu Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar Tahun 2022 oleh premis Sarawak Fertilizer Sdn Bhd di kawasan perindustrian Tanjung Kidurong, Bintulu Sarawak. Program ini diadakan sebagai usaha pihak premis memastikan pematuhan berterusan kepada perundangan alam sekitar sedia ada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pengisian program tersebut adalah melibatkan ceramah kesedaran alam sekitar yang telah disampaikan oleh Encik Abdul Mazli Hafiz Bin Abdul Malik, Ketua Cawangan JAS Cawangan Bintulu. Selain itu, pameran alam sekitar dan kempen pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (BEE) turut dijalankan selepas sesi ceramah untuk memberi pendedahan kepada pekerja kilang supaya lebih cakna dengan isu semasa alam sekitar. Seramai 25 orang peserta dan kontraktor premis telah terlibat bersama-sama menjayakan program ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan