Penerangan
Nak buang barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak??
Ayuh datanglah beramai-ramai dengan membawa e-waste anda ke Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal & Elektronik (BEE) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 16 dan 17 Julai 2022 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : kawasan parkir kereta Dewan Suarah Bintulu
Kempen ini adalah anjuran bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kerjasama Sarawak ICT Association dan syarikat E-Concern (M) Sdn Bhd.
Jangan lupa untuk datang pada 16 dan 17 Julai 2022 ke kempen tersebut dan tukar e-waste dengan wang tunai!
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"