Penerangan
KUALA TERENGGANU, 11 JUN 2022- Pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, hari ini telah memenuhi jemputan ke Program Kesedaran Komuniti atau ringkasnya CEPA (Communication,Education & Public Awareness).
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Terengganu, bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Kehadiran JAS Terengganu dalam program ini, sebagai tanda sokongan kepada usaha-usaha Jabatan berkenaan berhubung peranan dan fungsi JMG kepada komuniti terlibat.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu