PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI GEMPUR BIL.5/2022 FOKUS PADA PEMATUHAN KENDIRI PIHAK INDUSTRI

DOE Terengganu 30/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI GEMPUR BIL.5/2022 FOKUS PADA PEMATUHAN KENDIRI PIHAK INDUSTRI
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 6 Jun 2022- JAS Terengganu telah mengaktifkan Operasi gempur (Ops Gempur) selama 5 hari   bermula 22  hingga 26 Mei 2022. Dalam OPS Gempur yang melibatkan 6 pasukan terdiri daripada 12 orang pegawai penguatkuasa telah memeriksa 27 buah kilang yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluan Perindustrian) 2009, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Hasil pemeriksaan mendapati 24 premis patuh dan 3 premis tidak patuh kepada peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Tindakan susulan telah diambil dengan mengeluarkan 27 Field Citation, 1 kompaun dan 1 penyediaan kertas siasatan. Kesemua kilang ini diarahkan mengambil tindakan pembetulan dan pembaikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Pemeriksaan susulan akan dilakukan mengikut maklumbalas yang diterima daripada premis terbabit. JAS Terengganu akan terus melaksanakan operasi gempur ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan kendiri semua kilang-kilang yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di negeri ini berada pada tahap pematuhan yang memuaskan.   #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan